Menurut Ustaz Zaharuddin di dalam
blognya mengenai konsep zuhud, “Zuhud adalah satu sifat yang amat baik dan
terpuji di dalam Islam. Bagaimanapun, saya mendapati terdapat salah faham
masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga ia ditakrifkan sebagai
menjauhkan diri dari dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang menganggap
zuhud sebagai tidak menggunakan harta yang diperolehi untuk diri dan keluarga.”
Selain daripada itu, Ustaz
Zaharuddin juga memberitahu ada yang beranggapan bahawa zuhud itu berumah,
berpakaian, dan berkereta usang walaupun mempunyai harta. Membiarkan umat Islam
tidak membina sebarang kilang, bangunan, dan perniagaan kerana ia dikira
sebagai zuhud iaitu lari dari dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian, dunia akan
datang kepada kita.
Adakah ini benar-benar yang
diarahkan oleh Islam?
Ada juga dikalangan mereka yang
membawakan hadith-hadith dari Rasulullah SAW, sabda baginda,:
كُنْ في الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أو عَابِرُ
سَبِيلٍ
Bermaksud: “Jadilah kamu di dunia
seperti orang asing atau seperti orang yang melintas.” (Hadith Riwayat
al-Bukhari, no. 6053, 5/2358)
Diguna juga dengan satu hadith dari
Rasulullah SAW yang lain, :
والله
ما الدنيا فى الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم اصبعه
هذه وأشار يحيى بالسبابة فلينظر بم ترجع
Maksudnya: “Demi Allah, tiadalah
kehidupan di dunia kecuali seperti seseorang yang mencelupkan jarinya ini (di
dalam lautan sambil perawi menunjukkan jari telunjuknya) dan lihatlah apa yang
mengikut (jari tadi dari air).” (Hadith Riwayat Muslim, no. 858, 17/192)
Demikian juga firman Allah SWT dalam
surah al-A’laa: 16-17,
ö@t/ tbrãÏO÷sè? no4quŠysø9$# $u‹÷R‘‰9$# ÇÊÏÈ äotÅzFy$#ur ׎öyz #’s+ö/r&ur ÇÊÐÈ
16. (tetapi kebanyakkan
kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. padahal
kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Apakah zuhud
yang sebenar?
Ustaz
Zaharuddin memberi konsep zuhud, bahawa zuhud bukanlah:
1)
Menjauhkan diri dari dunia.
2)
Berpakaian lusuh.
3)
Berkereta dan berumah buruk dalam keadaan mampu.
4)
Membiarkan diri miskin.
Zuhud yang
sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang
dinyatakan dalam surah al-A’laa ayat 16-17, yang mana Allah SWT menyifatkan
orang bukan Islam mengutamakan dunia semata-mata. Kemudian, Allah menyebut
kehidupan akhirat lebih baik dan kekal.
Apabila Allah
SWT menggunakan perkataan “lebih baik” ini bermakna kehidupan dunia adalah
“baik”, cuma akhirat “lebih baik” dan “lebih kekal”. Justeru Islam tidak
sesekali melarang umatnya mencari yang baik. Nabi juga pernah menyebut bahawa
Allah itu Maha Baik dan suka yang baik-baik. Cuma yang salah dalam hal harta
ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam surah al-Qiyamah:20-21,
žxx. ö@t/ tbq™7ÏtéB s's#Å_$yèø9$# ÇËÉÈ tbrâ‘x‹s?ur notÅzFy$# ÇËÊÈ
20. Sedarlah Wahai
orang-orang Yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan
kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) Yang cepat habisnya.
21. dan kamu
tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi
kehidupannya).
Yang
dimaksudkan dengan “melupakan akhirat” adalah mengenepikan, tidak endah serta
malas mencari ilmu tentang halal haram dalam perolehan dan perbelanjaan
hartanya. Orang sebegini tidak kisah sama ada ia riba, rasuah, pecah amanah,
curi dan lain-lain, yang penting baginya adalah poket semakin penuh.
Termasuklah
juga mengabaikan kewajipan Islam kerana terlalu mabuk dalam mencari harta,
seperti tidak solat, tidak berzakat, abaikan tanggungjawab kepada rumah tangga
dan lain-lain.
Kita boleh memiliki kekayaan
atau kesenangan dan kemudahan yang kita inginkan. Tetapi jangan sampai
melalaikan. Buktinya adalah dari sabda Nabi
SAW:
قال أَتَيْتُ النبي في ثَوْبٍ دُونٍ فقال أَلَكَ مَالٌ قال نعم
قال من أَيِّ الْمَالِ قال قد آتَانِي الله من الْإِبِلِ وَالْغَنَمِ وَالْخَيْلِ
وَالرَّقِيقِ قال فإذا أتاك الله مَالًا فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللَّهِ
عَلَيْكَ وَكَرَامَتِهِ
Maksudnya: "Aku datang bertemu Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok
lalu
Nabi SAW bertanya :
"Adakah engkau mempunyai harta ?"
Aku menjawab : " Ya"
Baginda bertanya lagi : "Dari mana dan apa jenis hartamu
itu?"
Aku menjawab : "Allah telah memberiku harta dari ternakan
unta, kambing dan kuda"
Nabi terus membalas dengan katanya :
"Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal) maka
hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah
(yang diberikan) kepadanya" ( Riwayat Abu Daud, no 4063,
4/51, Tirmidzi, no 2006, 4/364 ; Tirmidizi & Albani : hasan sahih.
Imam Ibn Hajar berkata, maksud hadith ini menyebut hendaklah
seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika
terdapat orang yang ingin meminta bantuan, maka boleh dikenali siapa yang boleh
memberikannya. Pada masa yang sama mestilah ia menjaga niatnya dan menjauhi
pembaziran. Demikian juga yang disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi
(Rujuk Fath Al-Bari, 10/260 ; Tuhfatul Ahwazi, 6/122).
Tafsiran zuhud yang saya berikan adalah bersandarkan firman Allah
yang tidak menegah kita menjadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki
adalah sentiasa peka dan berjaga dengan tipu daya harta agar tidak lalai dari
halal haram dan keredhaaan Allah.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا
أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah
harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang
siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (
Al-Munafiqun : 9 )
Islam tidak melarang sama sekali kita untuk menjadi kaya dan
menggunakan peralatan, kemudahan dan pakaian yang layak dengan pendapatan kita.
Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana
dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak
berkemampuan.
Harta hanya akan menjadi tercela bila ia membawa kepada kelalaian
dan pengabaian yang wajib di sisi Allah : Inilah yang disebutkan oleh salah
seorang ulama tabien yang terhebat iaitu Said Ibn Jubair iaitu:
متاع الغرور ما يلهيك عن طلب
الآخرة , وما لم يلهك فليس بمتاع الغرور ولكنه متاع بلاغ إلى ما هو خير منه
Maksudnya: Harta yang menipu adalah apa-apa yang melalaikanmu dari
mencari akhirat, dan apa sahaja yang tidak melalaikanmu dari akhirat bukanlah
dari jenis harta atau kerja yang melalaikan tetapi ia dianggap harta yang boleh
menyampaikan kamu kepada apa yang lebih baik (akhirat)" ( Jami' al-Ulum
wal Hikam, hlm 360)
Takrif Zuhud di sisi Ulama
Para Ulama silam juga pernah membetulkan salah faham tentang
pengertian zuhud ini. Lihatlah pengertian zuhud yang disebut oleh mereka:
Imam Ibn Juzai berkata:
ليس الزهذ بترك الحلال , ولا إضاعة المال فقد يكون الغني زاهدا
, إذا كان قلبه مفرغاً عن الدنيا , وقد يكون الفقير دنيويا إذا اشتدّ حرصه , وكان
معمور القلب بالدنيا
Maksudnya: Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan ( pendapatan dan
harta) yang halal, bukan juga membuang harta, kemungkinan seorang yang kaya itu
bersifat zuhud apabila hatinya kosong dari dunia (tidak mengharapkan sesuatu
dari dunia dan kekayaannya untuk dunia), dan berkemungkinan orang faqir itu
adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendakan dunia,
tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia ( Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah,
hlm 471 ).
Imam Sufyan bin ‘Uyainah ditanya berkenaan zuhud lalu beliau
menjawabnya:
إن نقصت لم يغنم وإن زادت لم يفرح ولا يكره الموت لفراقها
Maksudnya: Sekiranya sesuatu harta itu hilang atau kurang seseorang
itu tidak terlalu bersedih dan tatkala ia bertambah ia tidak pula gembira, dan
ia tidaklah merasa bencikan mati kerana tidak mahu berpisah dengan hartanya
" ( Jami' Al-ulum wal Hikam, hlm 256 ).
Imam Al-Qarafi pula berkata:
ليس الزهد عدم ذات اليد , بل عدم
احتفال القلب بالدنيا , وإن كانت في ملكه
Maksudnya: Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu di dalam
tangan, tetapi ia adalah tidak bergembiranya hati dengan dunia ( perolehan
dunia) walaupun ia jatuh ke dalam miliknya" ( Az-Zakhirah, Al-Qarafi )
Kesimpulannya
Diharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak
melalaikan dari akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan
hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama mereka hanyalah
memperolehi keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai
hal kedua. Justeru, fahamilah konsep sebenar dalam pencarian
harta, fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen mendapatkan harta,
tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instrumen baru serta canggih
diperkenalkan tapi awas, tidak semuanya membawa kebahagiaan di akhirat
kelak.
Bersifat zuhud bukanlah bermaksud membiarkan diri miskin, tidak
berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu.
Justeru, amat diharapkan umat Islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan
ketidakmajuan mereka dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam
hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud.
No comments:
Post a Comment