Wednesday 13 February 2013

Mengingati mati




Bab yang  menyatakan ingat akan mati

Ketahui olehmu bahawasanya ingat akan mati itu kelakuan yang dipuji lagi yang dituntut oleh syara’, dan adalah ia sebab bagi membanyakkan ibadah dan sebab bagi menyedikitkan dunia dan angan-angan, kerana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
اَكْثِرُوْا ذِكْرَهَا زِمِ الَلذَّاتِ فَإِنَّهُ لاَ يَكُوْنُ فِي كَثِيْرٍ اِلاَّ قَلَّلَهُ وَلاَ فِي قَلِيْلٍ اِلاَّ اَجْزَلَهُ
Ertinya: Banyakkan oleh kamu menyebut akan yang memutuskan segala kesedapan (iaitu mati) kerana bahawasanya mati itu tiada disebutkan akan dia pada ketika banyak angan-angan dan dunia melainkan menyedikitkan ia akan dia. Dan tiada disebut akan dia pada ketika sedikit amal ibadah melainkan membnayakkan ia akan dia. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu).
Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
اَكْثِرُوْا مِنْ ذِكْرِهَا زِمِ الَلذَّاتِ الْمَوْتِ
Ertinya: banyakkan oleh kamu akan menyebut yang memutuskan segala kesedapan, iaitu mati. (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Ibnu Majah, Al-Hakim dan selainnya)
Ditanya akan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

اَيُّ الْمُؤْمِنِيْنَ اَكْيَسُ؟ قَالَ اَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا اُوْلَئِكَ الاَكْيَاسُ

Ertinya: Yang mana sekalian orang yang beriman yang lebih pintar? Bersabda ia: Iaitu yang lebih banyak mereka itu menyebut mti, dan yang lebih elok mereka itu bersedia bagi barang kemudiannya, mereka itu jua sekalian yang pintar (yang cerdik). (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu)

Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

اَلْكَيَّسُ مَنْ دَانَ نَفْسُهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ
Ertinya: Bermula mereka yang berakal mereka yang menghisab ia akan dirinya dan beramal ia kerana barang yang kemudian daripada mati. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dan Syadad Ibnu Aus radhiyallahu ‘anhuma)

Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
كَفَى بِالْمَوْتِ وَاعِظًا
Ertinya: Memada dengan mati itu member pengajaran. (Diriwayatkan oleh At-Thabrani dan Al-Baihaqi dan Amr bin Basir)
Dan ketahui olehmu bahawasanya mati itu huru-hara yang sangat besar. Dan ada pada menyebutnya manfaat Yang Maha Besar, kerana bahawasanya meliarkan ia daripada dunia dan merindukan ia kepada akhirat. Dan bermula sebab bagi lalai daripada mati itu panjang angan-angan dan sebabnya kasih akan dunia dan jahil.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bagi Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma:
كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ اَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ
Ertinya: Jadi olehmu di dalam dunia seolah-olah engkau orang dagang atau yang lalu di jalan. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu)

Dan berkata Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma:
Apabila engkau masuk pada waktu petang maka jangan engkau nanti akan pagi. Dan apabila engkau masuk pada waktu pagi maka jangan engkau nanti akan petang. Dan ambil olehmu daripada masa sihat engkau bagi sakit engkau. Dan daripada masa hidup engkau bagi mati engkau. Menceritakan ia oleh Al-Bukhari.

Dan bahawasanya setengah daripada yang menolong atas mengingatkan mati itu ziarah akan kubur, kerana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

زُوْرُوْا الْقُبُوْرَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ
Ertinya: Ziarah oleh kamu akan kubur, kerana bahawasanya memperingat ia akan mati. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Dan sabda beliau:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ فَزُوْرُوْهَا فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا وَتُذَكِّر الآخِرَةَ

Ertinya: Adalah aku dahulu melarang akan kamu daripada menziarahi kubur, maka ziarah oleh kamu akan dia pada masa yang akan datang, kerana bahawasanya menyebabkan ia akan zuhud pada dunia dan memperingat ia akan akhirat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al-Hakim dan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhuma)

Dan ketahui olehmu bahawasanya pendek angan-angan itu kelakuan yan dipuji, kerana adalah ia sebab bagi bersedia bagi barang yang kemudian daripada mati. Dan bahawasanya manusia bersalah-salahan mereka itu pada pendek angan-angan dan panjangnya, setengah mereka itu mencita-cita Ia akan panjang umurnya seribu tahun, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
Šƒ ƒ
﴿......يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ....
Ertinya: …mencita-cita seorang daripada mereka itu bahawa dipanjang umurnya seribu tahun…(Surah al-Baqarah: Ayat 96)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَى حُبِّ اثْنَيْنِ طُوْلِ الْعَيْشِ وَالْمَالِ
Ertinya: Bermula hati orang tua-muda ia atas kasih akan dua perkara: Lama hidup, dan harta. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah dan Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu dan maknanya diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Dikehendaki dengan muda di sini sempurna kasihnya akan keduanya, seperti sempurna kekuatan orang yang muda pada masa mudanya.

Dan setengah mereka itu mereka yang mencita-cita akan setahun. Dan setengah mereka itu mereka yang mencita-cita enam bulan. Dan setengah mereka itu mereka yang mencita-cita sehari semalam.

Diceritakan daripada Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, bahawa berkata ia: “Tiada melangkah akan satu langkah melainkan menyangka oleh aku akan bahawasanya tiada aku perikutkan dia akan langkah yang lain.
Dan bahawasanya alamat bagi orang yang mendapat petunjuk bahawa tiada lalai ia daripada mati, maka bersedia ia pada pagi-pagi mati itu dengan taubat dan amal yang baik. Maka jika hidup ia sampai petang maka bersyukur ia akan allah Ta’ala atas taatnya dan sukacita ia dengan ketiadaan sia-sia harinya kemudian, memulai ia bersedia pada petang hingga pagi-pagi maka syukur ia atas taatnya pada malam itu dan sukacita ia dengan tiada kosong malamnya daripada amal yang soleh.

Demikianlah tiap-tiap pagi dan petang. Dan tiada mudah yang demikian itu melainkan bagi mereka yang kosong hatinya daripada hidup sampai besok. Maka mati itu tuah baginya, dan hidup itu bertambah kebajikannya. Wallahu ‘alam.

Rujukan daripada buku: Abdul Qadir Bin abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili,
Penawar Bagi Hati, Perniagaan Jahabersa, cetakan pertama: 2007, Muka surat 159-164