Sunday 27 January 2013

Bab yang ketiga pada menyatakan zuhud

Bab yang ketiga pada menyatakan zuhud

Ketahui olehmu bahawasanya zuhud itu benci akan dunia dan berpaling daripadanya. Dan berkata setengah ulama’, iaitu meninggalkan kesenangan dunia kerana menuntut akan kesenangan akhirat. Dan berkata setengah yang lain: menyimpankan atas qadar yang sangat berhajat daripada barang yang diyakinkan akan halnya. Dan berkata setengah yang lain: Meninggalkan menuntut yang tiada ada hingga habis barang yang ada.

Dan bahawasanya zuhud itu satu kelakuan hati yang dipuji yang menyebabkan ia akan kasih Allah Ta’ala dan sekalian manusia akan orang yang bersifat dengan dia, kerana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

اِزْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللهُ وَازْهَدْ فِيْمَا فِي اَيْدِي النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ
Ertinya: Zuhud olehmu pada dunia nescaya kasih akan dikau oleh Allah Ta’ala, dan zuhud olehmu pada barang yang di tangan manusia daripada dunia nescaya kasih akan dikau oleh manusia. (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan menyatakannya hadith ini hasan dan Al-Hakim dan menyatakannya hadith ini shahih)

Adalah zuhud itu terjadi ia kerana ilmu, kerana firman Allah Ta’ala yang bermaksud
 

Ertinya: Dan berkata oleh mereka yang diberikan akan ilmu: Celaka kamu! Bermula pahala Allah  Ta’ala lebih baik bagi mereka yang beriman dan yang beramal ia akan amal yang soleh (daripada barang yang diberikan akan Qarun di dalam dunia ini).

1.                Pangkat yang pertama, bahawa zuhud ia pada ketika hatinya cenderung kepada dunia, tetapi bersungguh-sungguh ia pada melawan akan hatinya pangkat ini bukan zuhud tetapi permulaan bagi zuhud.

2.      Pangkat yang kedua, bahawa liar hatinya daripada dunia, dan tiada cenderung ia kepadanya kerana mengetahui akan bahawasanya tiada bias menghimpun akan dunia dan akhirat, maka murah hatinya dengan meninggalkan dunia itu, kerana mengetahui ia akan bahawasanya akhirat itu lebih baik daripada dunia, seperti mrah hati mereka yang membeli akan permata yan indah dengan seringgit, sekalipun kasih ia akan wang yang seringgit itu. Dan itu zuhud yang lebih rendah.

3.      Dan pangkat yang ketiga, bahawa tiada cenderung hatinya kepada dunia dan tiada liar daripadanya. Bahkan adanya dan tiadanya bersamaan keduanya pada sisinya dan adalah harta benda pada sisinya seperti air. Dan perbendaharaan Allah Ta’ala seperti laut, maka tiada berpaling hatinya kepadanya kerana gemar atau kerana liar.

Dan bermula ini zuhud yang lebih sempurna dan yang lebih tinggi daripada yang kedua, kerana yang benci akan sesuatu berbimbang ia dengan dia, semacam dengan yang kasih akan dia, kerana ini tatkala mencela akan dunia oleh beberapa lelaki pada sisi Rabi’atul Adawiyah berkata ia bagi mereka itu jika tiada cemarnya hati kamu nescaya tiada mencela kamu akan dia. Di bawa kepada Siti Aisyah radhiyallahu ‘anha berates ribu durham, maka tiada liar ia daripadanya, tetapi membahagi-bahagi ia akan dia semuanya pada hari itu tiada ada tinggal di sisinya sesuatu. Maka berkata khadamnya baginya: “Jika engkau beli dengan satu dirham akan daging yang berbuka puasa engakau atasnya.” Maka menjawab ia:“Jika engkau peringat akan daku tadi nescaya memperbuat oleh aku akan dia.” Maka ini pangkat terkaya dan ia lebih sempurna daripada pangkat zuhud.

Dan ketahui olehmu bahawasanya sebab bagi zuhud itu tiga perkara.
1.      Takut akan api neraka dan iaitu zuhud sekalian yang takut.

2.      Gemar pada nikmat akhirat, ini lebih tinggi daripada yang pertama. Dan zuhud yang terjadi daripadanya zuhud sekalian yang harap. Dan bermula ibadah serta harap lebih afdal daripada ibadah serta takut, kerana harap itu melazimkan ia akan kasih.

3.           Iaitu; yang lebi tinggi, bahawa adala sebab bagi zuhud itu membesarkan diri daripada berpaling kepada yang lain daripada Allah Ta’ala, kerana membersihkan hati daripadanya dan menghinakan akan barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan itu zuhud sekalian ‘arifin.

Dan bahawasanya zuhud lebih sempurna zuhud pada tiap-tiap yang lain daripada Allah Ta’ala pada dunia dan pada akhirat dan kurang daripadanya zuhud pada dunia sahaja sama ada harta atau kemegahan atau bersedap-sedap atau lainnya.

Dan kurang daripada ini zuhud pada harta sahaja tiada pada kemegahan dan lainnya. Atau zuhud pada setengah perkara dunia pada setengah yang lain. Dan yang akhir ini sedhaif-dhaif zuhud kerana kemegahan ini lebih lazat dan lebih diingini daripada harta, maka zuhud padanya lebih utama.

Dan bahawasanya perbezaan antara zuhud dan fakir, bahawasanya zuhud itu terasing ia daripada dunia kerana taat serta kuasa ia atasnya. Adapun jika terasing engkau daripada dunia pada ketika gemar engkau padanya, maka itu dinamakan fakir (papa). Tiada. Ada ia zuhud, tetapi ada bagi fakir itu kelebihan atas kaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

يَدْخُلُ فُقَرَاءُ أُمَّتِي الْجَنَّةَ قَبْلَ اَغْنِيَائِهِمْ بِخَمْسِ مائة عَامٍ

Ertinya: Masuk syurga sekalian fakir umatku dahulu daripada sekalian yang kaya daripada mereka itu dengan lima ratus tahun. (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Abi hurairah radhiyallahu ‘anhu, dan beliau berkata hadith ini hasan shahih)

Dan pada satu riwayat: Dengan empat puluh tahun. Maka ditanggungkan riwayat lima ratus tahun itu atas mendahului fakir zahid atas yang gemar pada dunia. Dan riwayat empat puluh tahun itu atas mendahului fakir yang loba atas yang kaya. Yang loba menyebut akan dia oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya ‘Ulumiddin.

Dan bersembah oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
اَللَّهُمَّ اَحْيِنِي مِسْكِيْنًا وَاَمِتْنِي مِسْكِيْنًا

Ertinya: Hai Allah! Hidupkan olehmu akan daku miskin, dan matikan olehmu akan daku miskin. (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Anas radhiyallahu ‘anhu dan menghasankan hadith ini)

Dan wafat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pada ketika baju besinya tergadai pada sisi Yahudi, kerana hutangnya sebab nafkah ahlinya.

Dan ketahui olehmu bahawasanya fakir itu jika ada ia terpada dengan barang yang diberi akan dia dan tiada ada ia loba pada menurut harta, maka pangkatnya hampir daripada pangkat orang yang zahid.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
طُوْبَى لِمَنْ اَسْلَمَ وَكَانَ عَيْشُهُ كَفَافًا 

Ertinya: Bermula syurga bagi mereka yang Islam ia dan adalah kehidupannya sekadar memadai Ia. (Diriwayatkan oleh Ar-Razi dan Anas, dan diriwayatkan juga oleh Al-Qadha’i dan Asy-Syihab)

Tetapi hanya sanya besar pahala fakir itu jika ia sabar dan redha dan memadakan ia akan yang ada. Dan bermula sabar atas kepapaan itu adalah ia permulaan bagi zuhud. Dan tiada sempurna zuhud dan lainnya melainkan dengan sabar, maka hendaklah menyebut hamba akan bab sabar  kemudian daripada bab zuhud. Aallahu a’lam.

Rujukan daripada buku: Abdul Qadir Bin abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili,
Penawar Bagi Hati, Perniagaan Jahabersa, cetakan pertama: 2007,ms 117-121.

Wednesday 16 January 2013

KONSEP ZUHUD: ADAKAH TANDANYA ISLAM MENOLAK HARTA DAN KEKAYAAN?


Menurut Ustaz Zaharuddin di dalam blognya mengenai konsep zuhud, “Zuhud adalah satu sifat yang amat baik dan terpuji di dalam Islam. Bagaimanapun, saya mendapati terdapat salah faham masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga ia ditakrifkan sebagai menjauhkan diri dari dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang menganggap zuhud sebagai tidak menggunakan harta yang diperolehi untuk diri dan keluarga.”

Selain daripada itu, Ustaz Zaharuddin juga memberitahu ada yang beranggapan bahawa zuhud itu berumah, berpakaian, dan berkereta usang walaupun mempunyai harta. Membiarkan umat Islam tidak membina sebarang kilang, bangunan, dan perniagaan kerana ia dikira sebagai zuhud iaitu lari dari dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian, dunia akan datang kepada kita.
Adakah ini benar-benar yang diarahkan oleh Islam?

Ada juga dikalangan mereka yang membawakan hadith-hadith dari Rasulullah SAW, sabda baginda,:
كُنْ في الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أو عَابِرُ سَبِيلٍ
Bermaksud: “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau seperti orang yang melintas.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 6053, 5/2358)

Diguna juga dengan satu hadith dari Rasulullah SAW yang lain, :

والله ما الدنيا فى الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم اصبعه هذه وأشار يحيى بالسبابة فلينظر بم ترجع
Maksudnya: “Demi Allah, tiadalah kehidupan di dunia kecuali seperti seseorang yang mencelupkan jarinya ini (di dalam lautan sambil perawi menunjukkan jari telunjuknya) dan lihatlah apa yang mengikut (jari tadi dari air).” (Hadith Riwayat Muslim, no. 858, 17/192)

Demikian juga firman Allah SWT dalam surah al-A’laa: 16-17,
ö@t/ tbrãÏO÷sè? no4quŠysø9$# $u÷R9$# ÇÊÏÈ   äotÅzFy$#ur ׎öyz #s+ö/r&ur ÇÊÐÈ  
16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Apakah zuhud yang sebenar?
Ustaz Zaharuddin memberi konsep zuhud, bahawa zuhud bukanlah:
1)      Menjauhkan diri dari dunia.
2)      Berpakaian lusuh.
3)      Berkereta dan berumah buruk dalam keadaan mampu.
4)      Membiarkan diri miskin.

Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-A’laa ayat 16-17, yang mana Allah SWT menyifatkan orang bukan Islam mengutamakan dunia semata-mata. Kemudian, Allah menyebut kehidupan akhirat lebih baik dan kekal.

Apabila Allah SWT menggunakan perkataan “lebih baik” ini bermakna kehidupan dunia adalah “baik”, cuma akhirat “lebih baik” dan “lebih kekal”. Justeru Islam tidak sesekali melarang umatnya mencari yang baik. Nabi juga pernah menyebut bahawa Allah itu Maha Baik dan suka yang baik-baik. Cuma yang salah dalam hal harta ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam surah al-Qiyamah:20-21,
žxx. ö@t/ tbq7ÏtéB s's#Å_$yèø9$# ÇËÉÈ   tbrâxs?ur notÅzFy$# ÇËÊÈ  
20. Sedarlah Wahai orang-orang Yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) Yang cepat habisnya.
21. dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

Yang dimaksudkan dengan “melupakan akhirat” adalah mengenepikan, tidak endah serta malas mencari ilmu tentang halal haram dalam perolehan dan perbelanjaan hartanya. Orang sebegini tidak kisah sama ada ia riba, rasuah, pecah amanah, curi dan lain-lain, yang penting baginya adalah poket semakin penuh.
Termasuklah juga mengabaikan kewajipan Islam kerana terlalu mabuk dalam mencari harta, seperti tidak solat, tidak berzakat, abaikan tanggungjawab kepada rumah tangga dan lain-lain.
Kita boleh memiliki kekayaan atau kesenangan dan kemudahan yang kita inginkan. Tetapi jangan sampai melalaikan. Buktinya adalah dari sabda Nabi SAW:

قال أَتَيْتُ النبي في ثَوْبٍ دُونٍ فقال أَلَكَ مَالٌ قال نعم قال من أَيِّ الْمَالِ قال قد آتَانِي الله من الْإِبِلِ وَالْغَنَمِ وَالْخَيْلِ وَالرَّقِيقِ قال فإذا أتاك الله مَالًا فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللَّهِ عَلَيْكَ وَكَرَامَتِهِ

Maksudnya: "Aku datang bertemu Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok lalu
Nabi SAW bertanya :
"Adakah engkau mempunyai harta ?"
Aku menjawab : " Ya"
Baginda bertanya lagi : "Dari mana dan apa jenis hartamu itu?"
Aku menjawab : "Allah telah memberiku harta dari ternakan unta, kambing dan kuda"
Nabi terus membalas dengan  katanya :
"Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal) maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya" ( Riwayat Abu Daud, no 4063, 4/51, Tirmidzi, no 2006, 4/364 ; Tirmidizi & Albani : hasan sahih.

Imam Ibn Hajar berkata, maksud hadith ini menyebut hendaklah seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika terdapat orang yang ingin meminta bantuan, maka boleh dikenali siapa yang boleh memberikannya. Pada masa yang sama mestilah ia menjaga niatnya dan menjauhi pembaziran. Demikian juga yang disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi  (Rujuk Fath Al-Bari,  10/260 ; Tuhfatul Ahwazi, 6/122).

Tafsiran zuhud yang saya berikan adalah bersandarkan firman Allah yang tidak menegah kita menjadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki adalah sentiasa peka dan berjaga dengan tipu daya harta agar tidak lalai dari halal haram dan keredhaaan Allah.



Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. ( Al-Munafiqun : 9 )

Islam tidak melarang sama sekali kita untuk menjadi kaya dan menggunakan peralatan, kemudahan dan pakaian yang layak dengan pendapatan kita. Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan.

Harta hanya akan menjadi tercela bila ia membawa kepada kelalaian dan pengabaian yang wajib di sisi Allah : Inilah yang disebutkan oleh salah seorang ulama tabien yang terhebat iaitu Said Ibn Jubair iaitu:

متاع الغرور ما يلهيك عن طلب الآخرة , وما لم يلهك فليس بمتاع الغرور ولكنه متاع بلاغ إلى ما هو خير منه

Maksudnya: Harta yang menipu adalah apa-apa yang melalaikanmu dari mencari akhirat, dan apa sahaja yang tidak melalaikanmu dari akhirat bukanlah dari jenis harta atau kerja yang melalaikan tetapi ia dianggap harta yang boleh menyampaikan kamu kepada apa yang lebih baik (akhirat)" ( Jami' al-Ulum wal Hikam, hlm 360)

Takrif Zuhud di sisi Ulama

Para Ulama silam juga pernah membetulkan salah faham tentang pengertian zuhud ini. Lihatlah pengertian zuhud yang disebut oleh mereka:




Imam Ibn Juzai berkata:

ليس الزهذ بترك الحلال  , ولا إضاعة المال فقد يكون الغني زاهدا , إذا كان قلبه مفرغاً عن الدنيا , وقد يكون الفقير دنيويا إذا اشتدّ حرصه , وكان معمور القلب بالدنيا

Maksudnya: Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan ( pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta, kemungkinan seorang yang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong dari dunia (tidak mengharapkan sesuatu dari dunia dan kekayaannya untuk dunia), dan berkemungkinan orang faqir itu adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendakan dunia, tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia ( Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah, hlm 471 ).

Imam Sufyan bin ‘Uyainah ditanya berkenaan zuhud lalu beliau menjawabnya:

إن نقصت لم يغنم وإن زادت لم يفرح ولا يكره الموت لفراقها
Maksudnya: Sekiranya sesuatu harta itu hilang atau kurang seseorang itu tidak terlalu bersedih dan tatkala ia bertambah ia tidak pula gembira, dan ia tidaklah merasa bencikan mati kerana tidak mahu berpisah dengan hartanya " ( Jami' Al-ulum wal Hikam, hlm 256 ).

Imam Al-Qarafi pula berkata:

ليس الزهد عدم ذات اليد , بل عدم احتفال القلب بالدنيا , وإن كانت في ملكه

Maksudnya: Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu di dalam tangan, tetapi ia adalah tidak bergembiranya hati dengan dunia ( perolehan dunia) walaupun ia jatuh ke dalam miliknya" ( Az-Zakhirah, Al-Qarafi )

Kesimpulannya

Diharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak melalaikan dari akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama mereka hanyalah memperolehi keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai hal kedua. Justeru, fahamilah konsep sebenar dalam pencarian harta, fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen mendapatkan harta, tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instrumen baru serta canggih diperkenalkan tapi awas, tidak semuanya membawa kebahagiaan di akhirat kelak.   

Bersifat zuhud bukanlah bermaksud membiarkan diri miskin, tidak berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu. Justeru, amat diharapkan umat Islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan ketidakmajuan mereka dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud.